Sunday 25 September 2016

PENGAJIAN MALAYSIA : RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI


1.LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

  • Rukun negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).
  • Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
  • Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
  • Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
  • Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
  • Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
  • Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
  • Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan agama.


2.MATLAMAT RUKUN NEGARA



  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
  • Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara Malaysia.
  • Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling. 
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini. 

  1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .
  2. Untuk memelihara cara hidup demokratik .
  3. Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin .
  4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat . 
  5. Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden . 
  6. Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita . 
  7. keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara .



      KAUM PERBALAHAN

  • (1946-1956) ~Pulau Pinang
  • (1960) ~Pulau Pangkor
  • (1966) ~Bukit Mertajam
  • (1967) ~Pulau Pinang
  • (13 MEI 1969) ~Kuala Lumpur



        3.PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA

                              

                                    




      4.HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA 



     ~KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
       Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di Negara ini . Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Penduduk di Negara Malaysia terdiri daripada kaum melayu , cina dan india yang mempunyai kepercayaan masing-masing sebagai contohnya kaum melayu percaya bahawa alam ini dicipta Oleh Tuhan dan segala amalan baik dan buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan.Bagi kaum india pula , mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahariMasyarakat india mempunyai banyak agama antaranya ialah agama hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat cina pula menganut agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.






      ~KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


         Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara iniJusteru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalahpayung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali .



       ~KELUHURAN PERLEMBAGAAN

      Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri 



       ~KEDAULATAN UNDANG UNDANG  

         Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun keduduka (statusosial).

     Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang . Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.
     Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan
    sebagainya.
     Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri .




       ~KESOPANAN DAN KESUSILAAN

       Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum berkaitan  dengan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami, mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.




    5.PERISTIWA 13 MEI 1969




    Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

    Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.



    KEGANASAN KAUM CINA DALAM TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969
    PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 DI KAMPUNG BARU DAN SEKITAR KL

    LATAR BELAKANG

    Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

    Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
    Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.  Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.  Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
    Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
    Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.